Langit Pelangi


Welcome
Hello BEauty & Beast .

Langit Pelangi


Tagboard
Prints Your Foots

  • This is My Isi Hati
  • Tempat kedua selepas doa
  • Manusia dengan aliran kehidupannya
  • Sora - Langit Niji - Pelangi

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    dream big
    Deg. In Education..Hajimemashite!

    skin by NurAishly
    Coding by NurAishly
    The Best View by Google Chrome
  • Saya ok saya dah besar
    Dec 4, 2018 | 0 Comments

    Assalamualaikum,



    بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

     

    Kadang corak kehidupan kita, kita tak pernah mampu terfikir aturan corak yang Allah ukirkan. Memang, kadang ukiran itu ada tajamnya, ada hitamnya, ada indahnya, dan semua itu terukir dengan hikmah disebaliknya.

    Alam dewasa, ramai tahu yang rodanya macam mana. Meh aku nak ceritakan sedikit serpihan dari roda hidu aku yg terkini. Yang dulu dah tinggal sejarah silap yang patut dilupuskan. Tapi dengan sejarah silam tu yang bantu aku untuk jadi lebih kuat.

    Baru baru ni Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku. Walaupun hanya sapaan biasa. Dari instagram terus ke whatapps. Tak dijangka lama lama menjadi kawan rapat. Usianya jauh sembilan tahun menjangkau usiaku. Bagi aku itu alasan kukuh untuk aku katakan pada rakan yang kami hanya kawan. Sebab mungkin dia tua bagi aku. Tapi hakikatnya jiwa muda. Jujur aku gembira, lebih lebih lagi bila berbicara tentang negara terbit matahari sana. Dia pro orangnya, orang hebat.

    Kami mula rapat dan aku mula selesa, aku susah untuk suka tapi itu takdirnya, aku mungkin terjatuh cinta. Mudah betul runtuhnya tembok yang kukuh aku bina dan aku bertahan atas bencinya sikap lelaki. Mungkin itu anugerah perasaan dari Ilahi. Tapi aku senyap, layan setiap celoteh. Semangat bila tibanya pagi dan hadirnya malam. Pertengahan siang sunyi tapi pagi dan malam aku berseri. Tapi aku tahan perasaan. Yana, mek, tihing ..minta aku luah sebab mereka cakap dia juga mungkin simpan perasaan, tapi aku letakkan syarat, biar aku bertemu mata kemudia kita lihat masa seterusnya.

    Dia pulang ke tanah air, memenuhi jemputan undangan sekali tertera akan nama aku pada undangan tersebut. Aku tekad pergi. Bawa sekali bodyguard. Alhamdulilah izin Dia kami bertemu beberapa jam kemudian berpisah dan seminggu kami bagaikan orang asing. Aku terluka, mula fikir yang tak setaraf tak setanding orang orang hebat. Lebih kecewa bilamana dia dia membisu tanpa ucapan hati hati atau terima kasih selepas pertemuan tersebut. Sepi..

    Aku hilangkan diri seketika mencari kekuatan baru. Mungkin aku hanya orang kampung, bakal guru, tidak mempunyai rupa paras yang cantik rupawan, tidak berharta. Hahaha, seribu satu soalan yang bermain sehingga aku rasakan yang aku ini menjadi orang yang tidak bersyukur dengan nikmat. Aku bangun kumpul kekuatan melalui tahjud, alhamdulillah. Mungkin ini sebab kenapa tuhan hadirkan ujian. Dalam doa aku mintak akan kekuatan, dijauhkan perasaan yang sia sia, minta juga dihadirkan manusia yang bila terlihatnya aku akan ingat akan Pencipta, dilertemukan aku dengan dia dengan cara yang diredhai, dia terima dan sayang aku lebih dari aku menyayanginya dan yang penting, sama sama menyempurnakan kekurangan.

    Jujur aku tenang selepas itu sehingga ke hari kelmarin.

    Pagi aku disapa, Ohayo ayat yang sejujurnya aku rindu dan sambungan ayat seterusnya, aku jadi tawar. Apa sebenarnya yang dia mahukan, aku tinggalkan ia tanpa balasan. Sedang mencari kembali kekuatan. Jujur hati aku tertanya tanya dan sedikit amarah menerpa. Tibanya petang aku baru membalas. Tanyakan sebab mendiamkan diri. Dia jawab acuh tak acuh. Malas sudah aku melayan, tapi sebab kecil itu dia buat hati aku tak keruan seharian sampai ke malam.

    Benar 'girls is so complecated', i admit about it. Aku sendiri rasa. Walaupun dihadirkan rasa cinta yang salah, aku syukur sebab aku dapat atasi ujian ni. Doakan aku, terus kuat.. Jangan risau aku dah Move On ,.hahaha sebab aku sedar diri taraf aku di mana parasnya. Tapi aku akan buktikan pada semua, aku akan jadi lebih berjaya, dan boleh master dalam nihongo dengan usaha aku sendiri. Doakan aku.

    Ps : Mama pelik kenapa dulu aku semangat nak belajar masak dan selepas pulang dari kl semangat aku pudar. You know the reason gais..hahahaha

    Now aku dah start kerja, doakan aku dapat buat yang terbaik. Jadi SENSEI terbaik

    Oyasuminasai minna. Doakan aku kuat.

    May Allah bless

    Post a Comment


        |